Sunday, June 20, 2010

Central Processing Unit (CPU) -Bahagian 3-

Cache


Sebelum saya terangkan bagai mana ia bekerja, saya akan terangkan bagaimana CPU bekerja secara ringkas, CPU seperti yg saya katakana sebelum ini, 2 tugas utamanya adalah pengiraan dan memindah data. Ape bende yg perlu CPU mengira dan memindahkan? Ianya data yg kite mintak melalui Windows. So data yg diperolehi oleh CPU asalnya datang dari Hard Disk, kerana hard disk-lah yang boleh menyimpan data walaupun tiada bekalan electrik. Tetapi kelemaha hard disk adalah sangat lambat berbanding dengan kelajuan CPU, jadi RAM diperkenalkan untuk menyimpan sementara data2 penting yang akan diprocesskan oleh CPU kelak. Sama seperti RAM, cache juga berperanan sama seperti RAM, tetapi mempunyai kelajuan yang sangat laju berbanding dengan RAM, tetapi mempunyai ruang yang sedikit, biasanya 2-12MB, dibandingkan dengan RAM yang biasanya 2-4GB, dan Hard Disk 500-2000GB.

Secara analoginya, bayangkan CPU adalah tukang masak, Hard Disk adalah pasar raya, RAM adalah peti ais, dan cache adalah meja memasak. Pada mulanya, peti ais dan meja masak adalah kosong, jadi tukang masak perlu pergi ke pasar raya untuk membeli barang2 yang ingin dimasak, sudah tentu mengambil masa yang lama, kemudian bila sampai rumah, dia akan memasukkan semuanya kedalam peti ais. Dengan adanya barang untuk dimasak dalam peti ais, tukang masak tidak perlulah membuang masa pergi ke pasar raya lagi, hanya mengambil barang di dalam peti ais, tapi akan menyusahkan kalau asik buka tutup peti ais untuk mengambil barang berulang2 kali, itulah gunanya meja masak, letak barang2 yg nk dimasak di meja masak, boleh diambil tanpa perlu berjalan dan banyak menjumatkan masa.

Macamtulah CPU bekerja, dia akan meletakkan data2 yang paling penting di cache untuk ia mudah mengambilnya dengan pantas, kemudian data yg agak penting akan diletakkan di RAM yang merupakan jauh lebih pantas jika disimpan di dalam Hard Disk.

Secara kesimpulannya, lebih besar cache, lebih mudahlah CPU untuk memproses data, lebih laju la komputer itu.


Core


Core atau dalam bahasa melayunya teras merupakan otak kepada CPU ini. Pada mulanya CPU hanya mempunyai 1 core dalam CPU, syarikat2 seperti Intel dan AMD berlumba2 menghasilkan CPU yang mempunyai nilai Clock Speed yang tinggi sehingga mencecah 3.4GHz. Tetapi mereka telah menemui hadnya dimana selagi tinggi Clock Speed yang dihasilkan, semakin banyak bil elektrik akan digunakan dan semakin tinggi suhunya. Dieorg tk leh lawan hokum alam jugak.

So ade la sorang mamat ni die membuka idea baru terhadap CPU, iaitu multi-core. Bermaksud ade banyak otak dalam satu badan. Dual-core = dua otak, tri-core = tiga otah, quad-core = empat otak, hexa-core = enam otak.

Jadi, macam mana die berfungsi? Sebagai analogi lagi, bayangkan ade 2 org kembar yang sama pandai, dan seorang kawan kembar tersebut juga sama pandai, disuruh membuat soalan matematik tambahan yang mempunyai 100 soalan, 2 bdk kembar tuh jawab bersama, sorang kawan die jawab sendirian, so siapa cepat menyelesaikan soalan tersebut? Sudah tentu kembar tu kan. Macamtu la cite die ngan CPU dual-core ini. Tapi, cuba bayangkan ade 4 budak kembar yg agak tak pandai sangat, dengan dua budak yg pandai td, disuruh buat satu soalan matematik tambahan, siapa siap dulu? 4 budak kembar tuh? Salah. Sudah tentu dua budak kembar yg cerdik itu siap dulu sebab soalan dia hanyalah satu tetapi susah untuk keempat2 budak kembar yang kurang pandai itu ingin menyelesaikannya.

Akan tetapi, kalau diberi 100 soalan matematik yang senang ke kembar2 itu tadi, sudah tentu 4 kembar itu siap dulu walaupun 2 kembar itu cerdik daripada 4 bdk kembar itu. So secara kesimpulannya, tidak semestinya lebih banyak core lebih laju CPU itu, ia masih bergantung kepada Clock Speed, Bus speed, dan cache yang baru diterangkan td.

Sampai disini sajalah untuk post ini, InsyaAllah post akan datang saya akan terangkan pasal keluarga (family) dalam CPU, perbezaan Intel dan AMD, dan lain2 lagi yang pastinya lebih menarik daripada ini.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails