Friday, June 18, 2010

Central Processing Unit (CPU) -Bahagian 1-

CPU atau dikenali juga sebagai processor merupakan komponent yg paling popular dalam menentukan kelajuan sesebuah komputer. Apakah pekerjaan CPU sebenarnya? CPU mempunyai 2 tugas utama, pengiraan (calculation), menggerakan (move) data. CPU sangat laju dalam membuat kedua2 kerja ini, semakin laju CPU dalam pengiraan dan menggerakkan data, semakin laju la PC kita.

Kelajuan sesebuah CPU bergantung kepada 4 faktor:


1. Clock Speed (frekuensi)

2. Bus Speed

3. Cache

4. Core


Clock Speed


Clock Speed adalah ukuran terhadap berapa laju sesebuah komputer menyelesaikan perhitungan dasar dan operasi. Ini diukur sebagai frekuensi dalam hertz, dan paling sering dirujuk tentang kelajuan sesuatu CPU. Disebabkan kelajuan “clock” sangat tinggi, megahertz dan gigahertz istilah yang digunakan. Megahertz adalah satu-juta kitaran per saat, sementara gigahertz adalah satu-bilion kitaran per saat. Jadi, komputer dengan “clock speed” 800MHz berjalan 800,000,000 kitaran per saat, sedangkan komputer 2.4GHz berjalan 2,400,000,000 kitaran per saat.


Clock Speed boleh dilihat melalui “Properties Computer”


Contoh 1: “Computer Properties” dalam Windows 7, Clock Speed adalah 2.40GHz.


Contoh 2: “Computer Properties” dalam Windows XP, Clock Speed adalah 2.40GHz.


Tetapi Clock Speed yg sama tidak semestinya mempunyai kelajuan yang sama, sebagai contoh, kedua2 contoh diatas menunjukkan Clock Speed yang sama iaitu 2.40GHz, tetapi CPU di contoh 1 mempunyai berkelajuan lebih 5 kali ganda daripada contoh 2 atas sebab 3 faktor lain yamg telah disenaraikan di atas.


Di post akan datang, saya akan terangkan pasal Bus Speed pula...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails