Thursday, July 15, 2010

Apa patut saya beli??? -Julai 2010- (2)

True Gaming PC.


Kompunent

Produk

Harga (RM)

CPU

CORE i5 750 2.66GHz

665

Motherboard

GIGABYTE H55M-UD2H

329

Graphic Card

Nvidia GeForce GTX 460 1GB

790

RAM

CORSAIR XMS3 1600C8D DDR3 4GB (2GBx2)

510

Power Supply

XIGMATEK 600W NRP-PC602

319

CPU Cooler

Cooler Master HYPER 212 PLUS

109

Case

Cooler Master RC-690 II ( W )

329

Optical drive

SATA DVD-RW

70

Storage

1TB W.D. BLACK

285


Jumlah

3406


Penjelasan:


CPU: Core i5 750 mmng popular dikalangan gamer. Mempunyai 4-teras (quad-core), 8mb cache, 2.66Ghz sudah cukup untuk game. Tapi yang paling menariknya CPU ini mempunyai Overclock yang sangat tinggi sehingga mencecah 4.00Ghz. Apa itu Overclock? Saya akan beritahu dalam post akan datang…


Motherboard: GIGABYTE H55M-UD2H merupakan motherboard ketogori Low-End tetapi jangan pandang rendah, motherboard ini mampu Overclock CPU dengan hebat sekali. Satu sahaja kelemahan ia, iaitu hanya support 1 Graphic Card (tidak boleh letak 2 atau lebih Graphic Card). Tetapi, saya tetap shorkan lebih baik guna 1 Graphic Card Gempak daripada 2 Graphic Card lemah.


Graphic Card: Nvidia GeForce GTX 460 1GB baru keluar dipasaran dunia semalam, Malaysia mungkin 2-3 hari lagi, bermaksud, harga itu saya teka sendiri (tuka USD199 ->> RM750) so around 750-800. Tetapi dengan kelajuan yang mengejutkan, Graphic Card ini terus berada dalam list ini. Ia mampu mengalahkan ATi 5830 (RM850) dan juga abangnya Nvidia GeForce GTX465 (RM1000) dalam pelbagai aspek terutamanya game. Menggunakan tenaga yang lebih rendah, mmng sah, Graphic Card ini akan mendominasi pasaran Graphic Card kelak.


RAM: Yang paling penting adalah speednya, 1600MHz sangat sesuai dengan system ini, mampu menaikkan potensi Overclock komputer.


Power Supply: XIGMATEK 600W NRP-PC602 memang mantap kalau nk dibandingkan dengan harganya, mendapat 80+ Bronze Certificate, ternyata ianya hebat.


CPU cooler: Cooler Master HYPER 212 PLUS merupakan CPU cooler yang murah lagi hebat, ia boleh menambah bilangan kipas dan kekuatannya sama seperti CPU cooler yang berharga RM150+


Case: Cooler Master RC-690 II Advance Windows Edition mendapat banyak award dalam kebanyakkan review. Mempunyai air-flow dan cable management yang sangat bagus.


Optical drive and HDD: Western Digital Black Edition sesuai dengan system ini.

Wednesday, July 14, 2010

Apa patut saya beli??? -Julai 2010-

Idea dari kawan saya, dia cadangkan saya buat list untuk BEST komponent komputer setiap bulan khas untuk gamer2 yang ingin beli PC baru, siap dengan harganya sekali. Saya akan keluarkan setiap pertengahan bulan. Mempunyai 2 pilihan, iaitu:

1. Budget Gaming PC

2. True Gaming PC


Tanpa melengahkan masa, saya mulakan dengan Budget Gaming PC dulu.

Kompunent

Produk

Harga (RM)

CPU

AMD Athlon II x3 435 (2.80Ghz)

239

Motherboard

MSI 770-C45

230

Graphic Card

nVidia GeForce GTS 250 512mb

410

RAM

2GB value RAM DDR3

165

Power Supply

SilverStone STRIDER 500W 80+

239

CPU Cooler

Cooler Master Hyper TX3

69

Case

Cooler Master Elite Series

139

Optical drive

SATA DVD-RW

70

Storage

500GB SATA

135


Jumlah

1696


Penjelasan:


CPU: Memang tida dinafikan Athlon II x3 merupakan CPU yang murah lagi laju, mempunyai 3-teras (tri-core), dan speed 2.80Ghz dah cukup untuk menampung game.


Motherboard: MSI mengeluarkan motherboard yang stabil dan murah, mengunakan AMD 770 chipset, sesuai untuk CPU and graphic card baru. Dengan harga RM230, tk boleh dipertikaikan lagi.


Graphic Card: Tak dinafikan GTS 250 mmng Graphic yang cukup hebat buat game2 latest sekarang ni, walau pun die sudah tua, tetapi masih popular dikalangan gamers, ia merupakan pelapis daripada nVidia 9800GTX+ yang sangat popular pada masa dahulu.


RAM: Cukup untuk basic gaming.


Power Supply: Ini untuk gamer PC, bermakna akan barmain game lebih daripada 4jam. Apabila main game dengan masa yang lama, CPU dan Graphic Card memerlukan tenaga yang banyak dan BERTERUSAN, untuk power supply yang murah, gagal membekalkan tenaga yang berterusan dengan stabil menjadikan CPU atau

Graphic Card rosak. SilverStone STRIDER 500W 80+ mampu menampung kerja berat ini.


CPU cooler: CPU perlu dijaga dengan baik terutamanya suhu ia. Juka tidak, life span CPU itu akan berkurangan. Salah satu cara terbaik adalah dengan membeli CPU cooler. Cooler Master Hyper TX3 dengan RM69, mudah dimiliki. Ia juga jauh lagi baik daripada cooler yang dibekalkan oleh CPU anda.


Case: Simple, Cooler Master mmng terkenal dengan air flow design, elite series merupakan case yang paling murah dibekalkan oleh Cooler Master.


Optical drive and HDD: Apa2 brand tidak effect kepada gaming pon.

Sunday, July 4, 2010

CPU –Bahagian 4- (Keluarga CPU)

Salam… lame tk update blog, busy sikit. Hari ini saya akan bincangkan topic yang lebih menarik daripada sebelumnya.. Berkenaan dengan Keluarga CPU (CPU family). Ramai yang tau Core i7, Core 2 Duo, AMD Phenom dan lain2, tp tk tau ape maksud nama2 tersebut. Itulah dinamakan Keluarga CPU. Untuk tidak memeningkan kepala, lihat gamba dibawah.

Gamba menunjukkan time line setiap keluarga dikeluarkan dalam pasaran. Untuk penjelasan, Core i3, i5, i7 semuanya satu keluarga bernama Nehalem, bagi AMD pula, Athlon II, Phenom II tergolong dalam keluarga K10.

Tp apa maksud sebenar Keluarga ini? Setiap CPU yang mempunyai ciri2 yang sama atau lebih tepat mempunyai architecture yang sama tergolong dalam satu Keluarga. Perbezaannya hanyalah:

1. Kelajuan CPU (Clock Speed)

2. Jumlah cache

3. Jumlah teras (core)

4. Harga :D

Sebagai contoh, Core i3 530 beroperasi selaju 2.93Ghz, manakala Core i3 550 beroperasi dengan kelajuan 3.20Ghz. Kedua-duanya mempunyai nilai cache yang sama iaitu 4mb, Bus Speed yang sama, Core yang sama, tetapi harga berbeza, i3 530 = RM380, i3 550 = RM480.

Apa beza i3, i5 dan i7? Itu merujuk kepada sub-family, i3 mempunyai ciri2 tetap iaitu mempunyai 2-teras (dual-core), HyperThreading Technology, Turbo Technology, 4mb cache. Manakala i7 pula mempunyai ciri2 tetap iaitu, 4-teras (quad-core), HyperThreading Technology, Turbo Technology, 8mb cache.

AMD lebih mudah difahami, Athlon II x2 = dual-core, Athlon II x4 = quad-core. Perbezaan Athlon II dan Phenom II hanyalah perbezaan saiz cache, biasanya Athlon II mempunyai cache sebanyak 2mb, manakala Phenom II mempunyai 8mb cache. Maksud Athlon “II” hanyalah menunjukkan Athlon generasi ke-2, tidak seperti Intel, AMD tidak mengeluarkan nama baru untuk architecture barunya, hanya dengan menanbah “II” dibelakangnya. *Simple*


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails