Monday, January 17, 2011

Random Access Memory


Random Access Memory (RAM) memang sangat dikenali kalau kite sebut pasal computer. Rata-rata orang zaman sekarang selalu bertanyakan RAM komputer orang lain kalau nak tahu komputer dia “gempak” ke tak. Tapi adakah teori ini betul? Saya bongkarkan satu per satu.

Sebelum kite pergi jauh, kite mesti lihat yang asa dulu, apa itu RAM? RAM adalah satu unit menyimpan memori secara rawak untuk sesebuah komputer. Tak paham? Macam biasa, analogi dalam kehidupan, contoh emak korang suruh korang pergi ke pasar baru untuk membeli barang, tp korang tak tahu pon pasar tu kat mane, so korang pon g je la jalan kesana dan kesini, then akhirnya jumpa gak pasar tersebut. Persoalan, adakah korang akan ikut jalan same seperti korang pergi ke pasar tadi? Ataupun korang dah “ingat” jalan yang lebih dekat?

“Ingatan jalan” yang dekat itu lah akan dimasukkan didalam RAM. Ini mudah dilihat apabila korang mula2 bukak komputer, then korang bukak Microsoft Office Word, mesti lambat sikit bukak, cube tutup, then bukak balik, aik, nape cepat pula??? Sebab komputer dah meletakkan ingatan cara nak buka office dengan cepat kedalam RAM. Dah paham? Bagus… Kite pergi kepada soalan utama tadi.

Persoalan: lebih banyak RAM lebih laju komputer?

Kita cuba melihat contoh analogi yang saya dah ceritakan sedikit di dalam Cache punya bahagian, anggapkan RAM sebagai peti ais, dan Processor sebagai Chef. Ok, ceritanya begini, kalau Chef tu nak masak dengan laju tapi dengan kuantiti yang sikit, dia memerlukan? Peti ais yang memadai saiz nya, jarak peti ais itu dekat dengan dapur. Betul tak?

Kalau Chef tu nak masak dengan kuantiti yang banyak tapi tidak kisah masa, dia memerlukan Peti ais yang besar, dan jarak peti ais itu tidak kisah. Kalau chef itu nak masak dengan banyak dan laju? Tak perlu saya jawab, anda sume dah boleh teka. Jadi apakah saiz peti ais dan jarak peti ais itu dalam komputer?

Saiz peti ais itu seperti saiz RAM itu, dan jarak peti ais itu adalah seperti speed RAM tersebut. Jadi RAM mempunyai dua perkara teras iaitu SAIZ dan SPEED. Kembali kepada persoalan, lebih banyak RAM lebih laju komputer? Apa yang kita Nampak di dalam keadaan Chef tadi? Kalau peti ais besar mana pun, tp pergi letak kat ruang tamu, lambat juga dia nak masak, kena ulang-alik dari dapur ke ruang tamu. Jadi persoalan ini adalah SALAH sama sekali.

Perkara yang kita perlu lihat ketika melihat RAM adalah SPEED dia, dan kemudian SAIZ. Di post akan datang saya akan terangkan satu per satu tentang SPEED and SAIZ RAM. Harap sabar menunggu..

Sunday, October 24, 2010

Apa patut saya beli?? [Oktober] [2]

Sistem kedua kita, iaitu True Gaming PC. Tanpa melengahkan masa, ini dia:

Kompunent

Produk

Harga (RM)

CPU

Intel CORE i5 760 2.80GHz

615

Motherboard

GIGABYTE P55-UD3L

399

Graphic Card

ATi HD6870 1GB DDR5

790

RAM

MUSHKIN BLACKLINE 1600 (996744) 4GB (2GBx2)

419

Power Supply

XIGMATEK 600W NRP-PC602

319

CPU Cooler

Cooler Master HYPER 212 PLUS

109

Case

LanCool DragonLord PC-K62

399

Optical drive

SATA DVD-RW

70

Storage

1TB W.D. BLACK

285


Jumlah

3405

Update:

CPU: Intel Core i5 750 sudah tiada dalam stok baru, tetapi digantikan dengan core i5 760 yang mempunyai Clock Speed yang lebih laju dan ianya lebih murah daripada core i5 750 sebelum ini.

Motherboard: Bertuka model, P55-UD3L kerana ianya mempunyai kemampuan menambahkan satu lagi Graphic Card (CrossFireX) didalam sistem ini, ini membuatkan pengguna boleh meningkatkan atau upgrade PC ini dimasa hadapan.

Graphic Card: Sekali lagi, perubahan ketara, inilah ATi model baru, ianya baru dilancarkan 2 hari lepas. Ianya sangat laju, jimat electrik, dan sangat murah untuk harganya. Ianya lebih laju daripada ATi HD5850 yang beharga RM900+ sekarang. Memang sah, ini adalah Graphic Card yang terbaik untuk sistem ini.

RAM: Berubah kepada Mushkin, ianya sama laju dengan corsair sebelum ini, tetapi lebih murah…

Case: LanCool DragonLord PC-K62 merupakan Gaming Casing yang sangat bagus, smart, dan cool. Lihat video ini. [http://www.youtube.com/watch?v=z0hwk0Dd3Og]

Lain-lain: Sama seperti sebelumnya.

Apa patut saya beli?? [Oktober] [1]

Lagi sekali, lambat update blog, tp tkpe, sebab pada waktu ini ada Graphic Card ATi yang baru keluar iaitu ATi HD-6000 series… Yep, saya akan terangkan dengan lebih lanjut selepas ini, kita focus kepada system komputer kita yang pertama, iaitu Budget Gaming PC...

Kompunent

Produk

Harga (RM)

CPU

AMD ATHLON AM3 X2 250 (3.00Ghz)

195

Motherboard

GIGABYTE GA-MA74GMT-S2

199

Graphic Card

Gigabyte Geforce GTX460 768MB

579

RAM

2GB value RAM DDR3

110

Power Supply

SilverStone STRIDER 500W 80+

239

CPU Cooler

Cooler Master Hyper TX3

69

Case

Cooler Master Elite Series

139

Optical drive

SATA DVD-RW

70

Storage

500GB SATA

135


Jumlah

1735

Update:

CPU: Kali ini saya menukarnya kepada dual-core sahaja, kenapa? Kita sedang berbincang tentang Gaming PC, jadi, dual-core adalah mencukupi kerana hampir 90% game lebih memerlukan Clock Speed, bukannya lebihan teras (core). Dan, AMD ATHLON AM3 X2 250 mempunyai Clock Speed yang tinggi iaitu 3.00Ghz, cukup untuk game2 masa kini. (Dan ianya murah)

Motherboard: Bertuka kepada Gigabyte, kerana ianya lebih murah. Tiada perbezaan ketara jika ingin dibandingkan dengan motherboard sebelum ini.

Graphic Card: Pembaharuan yang paling ketara disini, Gigabyte Geforce GTX460 768MB merupakan “RAKSASA” dalam sistem ini. Ianya sangat laju dalam game dan ianya juga sangat murah. Tiada tandingan buat masa sekarang untuk harga ini.

RAM: Jika anda perasan, harga RAM sudah turun, yay…

Lain-lain: Sama dengan sebelum ini.

Wednesday, October 13, 2010

Pengenalan OverClock

Im Back!! Haha, setelah lama menghilang (busy dengan Exam dan Assignment, =.=), hari ini saya memperkenalkan topik yang dijanji2 kan, iaitu OverClock.


Ramai yang masih tak tau ape maksud overclock, hari ini saya akan memberi sedikit Idea berkaitan dengan Overclock supaya mudah difahami sebelum diajar mengenaai cara nak Overclock.


Ok, sebelum ini saya ade menerangkan tentang Clook Speed, jika anda terlupa, clock speed ini lah faktor utama kelajuan sesebuah Processor. Dekat mana hendak tau Clock Speed kita? Mudah, boleh disemak melalui “Computer Properties” seperti contoh dibawah.

Kebiasaannya, ia akan menunjukkan 2 bacaan, seperti diatas, 2.27Ghz 2.27Ghz, bermaksud, bacaan pertama adalah Clock Speed asal, dan bacaan kedua adalah Clock Speed pada masa sekarang.


Ok, dah kenal Clock Speed? So sekarang, apa pula OverClock ini? Dari nama ia pon kita boleh teka, OverClock adalah satu proses menaikkan atau menambahkan Clock Speed asal pada satu tahap yang maximum. Tk faham lagi? Senang cerita, kita nk tambahkan Clock Speed kita sebagai contoh (lihat gamba dibawah) daripada 3.00Ghz, kita tambahkan ia sehingga menjadi 4.0Ghz. Dimana 3.00Ghz adalah Clock Speed asal, dan 4.00Ghz adalah Clock Speed ketika itu, didapati ianya bertambah, itulah yang dimaksudkan dengan OverClock.

Kenapa OverClock? OverClock menambahkan Clock Speed, Clock Speed adalah faktor utama kelajuan computer, so dengan OverClock, kita boleh meningkatkan kelajuan Processor kita dengan “PERCUMA”!! Sebab itulah OverClock sangan popular dikalangan gamer, kerana hendak komputer yang laju dan murah pada masa yang sama.


Sebagai contoh, saya punya Processor adalah Intel Core 2 Quad Q6600 hanyalah berkelajuan 2.40Ghz dan dipasarkan pada tahun 2007 (sudah 3 tahun), tetapi apabila saya OverClockkan ia sehingga 3.2Ghz, processor lama ini masih mampu bersaing dengan Processor keluaran baru pada masa sekarang seperti AMD Phenom II 955 x4 berkelajuan 3.2Ghz. So, disini kita mampu memperoleh kepuasan game sama seperti komputer baru tanpa perlu upgrade atau tukar komputer baru!


Dah nampak keseronokan ia? Ha, seronok? Yep, ia merupakan satu aktiviti yang menarik kerana memerlukan kesabaran, nasib, dan yang paling penting sekali, pengalaman. Kepuasan ia adal keputusan terakhir OverClock yang kita dapat nanti!


Saya dengar OverClock bahaya, betul ke??


- Dulu ye, sekarang saya boleh bagi jaminan, 90% tidak bahaya, malah para pereka komputer sekarang sudah mula mengambil OverClock sebagai satu “add-on” dalam produk mereka.


- Tapi masih ade 3 halangan yang OverClock punya masalah masih belum dapat dielakkan, pertama adalah PANAS, yep, apabila kita OverClock, temperature kita akan lebih tinggi berbanding biasa, sebab itulah banyak CPU-Fan atau CPU-Cooler (ataupon water cooler) diperkenalkan bagi mengurangkan temperature apabila OverClock.


- Kedua adalah “Power Consumption”, ataupon kuasa yang digunakan. OverClock sangat berkait rapat dengan Voltage, dan Power = Voltage x Current, so Power kita pon akan bertambah. Jadi, disini peranan memilih Power Supply adalah sangat penting, kerana dengan Power Supply yang “murah” mungkin akan over Power dan boleh merosakkan satu komputer.


- Ketiga adalah jangka hayat Processor itu sendiri, Intel sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa jika Processor di OverClock, ia lebih cepat rosak berbanding biasa, sebab itulah bila kita OverClock, warrenty kita dikira hilang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails