Wednesday, October 13, 2010

Pengenalan OverClock

Im Back!! Haha, setelah lama menghilang (busy dengan Exam dan Assignment, =.=), hari ini saya memperkenalkan topik yang dijanji2 kan, iaitu OverClock.


Ramai yang masih tak tau ape maksud overclock, hari ini saya akan memberi sedikit Idea berkaitan dengan Overclock supaya mudah difahami sebelum diajar mengenaai cara nak Overclock.


Ok, sebelum ini saya ade menerangkan tentang Clook Speed, jika anda terlupa, clock speed ini lah faktor utama kelajuan sesebuah Processor. Dekat mana hendak tau Clock Speed kita? Mudah, boleh disemak melalui “Computer Properties” seperti contoh dibawah.

Kebiasaannya, ia akan menunjukkan 2 bacaan, seperti diatas, 2.27Ghz 2.27Ghz, bermaksud, bacaan pertama adalah Clock Speed asal, dan bacaan kedua adalah Clock Speed pada masa sekarang.


Ok, dah kenal Clock Speed? So sekarang, apa pula OverClock ini? Dari nama ia pon kita boleh teka, OverClock adalah satu proses menaikkan atau menambahkan Clock Speed asal pada satu tahap yang maximum. Tk faham lagi? Senang cerita, kita nk tambahkan Clock Speed kita sebagai contoh (lihat gamba dibawah) daripada 3.00Ghz, kita tambahkan ia sehingga menjadi 4.0Ghz. Dimana 3.00Ghz adalah Clock Speed asal, dan 4.00Ghz adalah Clock Speed ketika itu, didapati ianya bertambah, itulah yang dimaksudkan dengan OverClock.

Kenapa OverClock? OverClock menambahkan Clock Speed, Clock Speed adalah faktor utama kelajuan computer, so dengan OverClock, kita boleh meningkatkan kelajuan Processor kita dengan “PERCUMA”!! Sebab itulah OverClock sangan popular dikalangan gamer, kerana hendak komputer yang laju dan murah pada masa yang sama.


Sebagai contoh, saya punya Processor adalah Intel Core 2 Quad Q6600 hanyalah berkelajuan 2.40Ghz dan dipasarkan pada tahun 2007 (sudah 3 tahun), tetapi apabila saya OverClockkan ia sehingga 3.2Ghz, processor lama ini masih mampu bersaing dengan Processor keluaran baru pada masa sekarang seperti AMD Phenom II 955 x4 berkelajuan 3.2Ghz. So, disini kita mampu memperoleh kepuasan game sama seperti komputer baru tanpa perlu upgrade atau tukar komputer baru!


Dah nampak keseronokan ia? Ha, seronok? Yep, ia merupakan satu aktiviti yang menarik kerana memerlukan kesabaran, nasib, dan yang paling penting sekali, pengalaman. Kepuasan ia adal keputusan terakhir OverClock yang kita dapat nanti!


Saya dengar OverClock bahaya, betul ke??


- Dulu ye, sekarang saya boleh bagi jaminan, 90% tidak bahaya, malah para pereka komputer sekarang sudah mula mengambil OverClock sebagai satu “add-on” dalam produk mereka.


- Tapi masih ade 3 halangan yang OverClock punya masalah masih belum dapat dielakkan, pertama adalah PANAS, yep, apabila kita OverClock, temperature kita akan lebih tinggi berbanding biasa, sebab itulah banyak CPU-Fan atau CPU-Cooler (ataupon water cooler) diperkenalkan bagi mengurangkan temperature apabila OverClock.


- Kedua adalah “Power Consumption”, ataupon kuasa yang digunakan. OverClock sangat berkait rapat dengan Voltage, dan Power = Voltage x Current, so Power kita pon akan bertambah. Jadi, disini peranan memilih Power Supply adalah sangat penting, kerana dengan Power Supply yang “murah” mungkin akan over Power dan boleh merosakkan satu komputer.


- Ketiga adalah jangka hayat Processor itu sendiri, Intel sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa jika Processor di OverClock, ia lebih cepat rosak berbanding biasa, sebab itulah bila kita OverClock, warrenty kita dikira hilang.

2 comments:

  1. Tidak tau kenapa, tapi font dia tak consistent, walaupun saya dah try nak samakan banyak kali.. Banyak lagi perlu belajar tentang blog ni.. @.@

    ReplyDelete
  2. Posting yang bagus :)
    Makasih atas infonya
    jangan lupa kunjungi web kami di
    http://stisitelkom.ac.id

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails