Lagi sekali, lambat update blog, tp tkpe, sebab pada waktu ini ada Graphic Card ATi yang baru keluar iaitu ATi HD-6000 series… Yep, saya akan terangkan dengan lebih lanjut selepas ini, kita focus kepada system komputer kita yang pertama, iaitu Budget Gaming PC...
Kompunent | Produk | Harga (RM) |
CPU | AMD ATHLON AM3 X2 250 (3.00Ghz) | 195 |
Motherboard | GIGABYTE GA-MA74GMT-S2 | 199 |
Graphic Card | Gigabyte Geforce GTX460 768MB | 579 |
RAM | 2GB value RAM DDR3 | 110 |
Power Supply | SilverStone STRIDER 500W 80+ | 239 |
CPU Cooler | Cooler Master Hyper TX3 | 69 |
Case | Cooler Master Elite Series | 139 |
Optical drive | SATA DVD-RW | 70 |
Storage | 500GB SATA | 135 |
Jumlah | 1735 |
Update:
CPU: Kali ini saya menukarnya kepada dual-core sahaja, kenapa? Kita sedang berbincang tentang Gaming PC, jadi, dual-core adalah mencukupi kerana hampir 90% game lebih memerlukan Clock Speed, bukannya lebihan teras (core). Dan, AMD ATHLON AM3 X2 250 mempunyai Clock Speed yang tinggi iaitu 3.00Ghz, cukup untuk game2 masa kini. (Dan ianya murah)
Motherboard: Bertuka kepada Gigabyte, kerana ianya lebih murah. Tiada perbezaan ketara jika ingin dibandingkan dengan motherboard sebelum ini.
Graphic Card: Pembaharuan yang paling ketara disini, Gigabyte Geforce GTX460 768MB merupakan “RAKSASA” dalam sistem ini. Ianya sangat laju dalam game dan ianya juga sangat murah. Tiada tandingan buat masa sekarang untuk harga ini.
RAM: Jika anda perasan, harga RAM sudah turun, yay…
Lain-lain: Sama dengan sebelum ini.
No comments:
Post a Comment