Monday, January 17, 2011

Random Access Memory


Random Access Memory (RAM) memang sangat dikenali kalau kite sebut pasal computer. Rata-rata orang zaman sekarang selalu bertanyakan RAM komputer orang lain kalau nak tahu komputer dia “gempak” ke tak. Tapi adakah teori ini betul? Saya bongkarkan satu per satu.

Sebelum kite pergi jauh, kite mesti lihat yang asa dulu, apa itu RAM? RAM adalah satu unit menyimpan memori secara rawak untuk sesebuah komputer. Tak paham? Macam biasa, analogi dalam kehidupan, contoh emak korang suruh korang pergi ke pasar baru untuk membeli barang, tp korang tak tahu pon pasar tu kat mane, so korang pon g je la jalan kesana dan kesini, then akhirnya jumpa gak pasar tersebut. Persoalan, adakah korang akan ikut jalan same seperti korang pergi ke pasar tadi? Ataupun korang dah “ingat” jalan yang lebih dekat?

“Ingatan jalan” yang dekat itu lah akan dimasukkan didalam RAM. Ini mudah dilihat apabila korang mula2 bukak komputer, then korang bukak Microsoft Office Word, mesti lambat sikit bukak, cube tutup, then bukak balik, aik, nape cepat pula??? Sebab komputer dah meletakkan ingatan cara nak buka office dengan cepat kedalam RAM. Dah paham? Bagus… Kite pergi kepada soalan utama tadi.

Persoalan: lebih banyak RAM lebih laju komputer?

Kita cuba melihat contoh analogi yang saya dah ceritakan sedikit di dalam Cache punya bahagian, anggapkan RAM sebagai peti ais, dan Processor sebagai Chef. Ok, ceritanya begini, kalau Chef tu nak masak dengan laju tapi dengan kuantiti yang sikit, dia memerlukan? Peti ais yang memadai saiz nya, jarak peti ais itu dekat dengan dapur. Betul tak?

Kalau Chef tu nak masak dengan kuantiti yang banyak tapi tidak kisah masa, dia memerlukan Peti ais yang besar, dan jarak peti ais itu tidak kisah. Kalau chef itu nak masak dengan banyak dan laju? Tak perlu saya jawab, anda sume dah boleh teka. Jadi apakah saiz peti ais dan jarak peti ais itu dalam komputer?

Saiz peti ais itu seperti saiz RAM itu, dan jarak peti ais itu adalah seperti speed RAM tersebut. Jadi RAM mempunyai dua perkara teras iaitu SAIZ dan SPEED. Kembali kepada persoalan, lebih banyak RAM lebih laju komputer? Apa yang kita Nampak di dalam keadaan Chef tadi? Kalau peti ais besar mana pun, tp pergi letak kat ruang tamu, lambat juga dia nak masak, kena ulang-alik dari dapur ke ruang tamu. Jadi persoalan ini adalah SALAH sama sekali.

Perkara yang kita perlu lihat ketika melihat RAM adalah SPEED dia, dan kemudian SAIZ. Di post akan datang saya akan terangkan satu per satu tentang SPEED and SAIZ RAM. Harap sabar menunggu..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails