Sunday, July 4, 2010

CPU –Bahagian 4- (Keluarga CPU)

Salam… lame tk update blog, busy sikit. Hari ini saya akan bincangkan topic yang lebih menarik daripada sebelumnya.. Berkenaan dengan Keluarga CPU (CPU family). Ramai yang tau Core i7, Core 2 Duo, AMD Phenom dan lain2, tp tk tau ape maksud nama2 tersebut. Itulah dinamakan Keluarga CPU. Untuk tidak memeningkan kepala, lihat gamba dibawah.

Gamba menunjukkan time line setiap keluarga dikeluarkan dalam pasaran. Untuk penjelasan, Core i3, i5, i7 semuanya satu keluarga bernama Nehalem, bagi AMD pula, Athlon II, Phenom II tergolong dalam keluarga K10.

Tp apa maksud sebenar Keluarga ini? Setiap CPU yang mempunyai ciri2 yang sama atau lebih tepat mempunyai architecture yang sama tergolong dalam satu Keluarga. Perbezaannya hanyalah:

1. Kelajuan CPU (Clock Speed)

2. Jumlah cache

3. Jumlah teras (core)

4. Harga :D

Sebagai contoh, Core i3 530 beroperasi selaju 2.93Ghz, manakala Core i3 550 beroperasi dengan kelajuan 3.20Ghz. Kedua-duanya mempunyai nilai cache yang sama iaitu 4mb, Bus Speed yang sama, Core yang sama, tetapi harga berbeza, i3 530 = RM380, i3 550 = RM480.

Apa beza i3, i5 dan i7? Itu merujuk kepada sub-family, i3 mempunyai ciri2 tetap iaitu mempunyai 2-teras (dual-core), HyperThreading Technology, Turbo Technology, 4mb cache. Manakala i7 pula mempunyai ciri2 tetap iaitu, 4-teras (quad-core), HyperThreading Technology, Turbo Technology, 8mb cache.

AMD lebih mudah difahami, Athlon II x2 = dual-core, Athlon II x4 = quad-core. Perbezaan Athlon II dan Phenom II hanyalah perbezaan saiz cache, biasanya Athlon II mempunyai cache sebanyak 2mb, manakala Phenom II mempunyai 8mb cache. Maksud Athlon “II” hanyalah menunjukkan Athlon generasi ke-2, tidak seperti Intel, AMD tidak mengeluarkan nama baru untuk architecture barunya, hanya dengan menanbah “II” dibelakangnya. *Simple*


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails