Monday, June 28, 2010

CPU-Z

Lama tk online, busy dengan kerja Universiti... Sini hanya ingin berkongsi software yang bagus untuk melihat semua detail tentang CPU kita yang saya sudah bancangkan dari awal blog lagi..

CPU-Z, dapat menunjuk Core Speed, Bus Speed, Cache, dan banyak lagi.. Boleh muat turun melalui link ini: http://www.cpuid.com/softwares/cpu-z.html

Selamat mencuba.. :D

Sunday, June 20, 2010

Central Processing Unit (CPU) -Bahagian 3-

Cache


Sebelum saya terangkan bagai mana ia bekerja, saya akan terangkan bagaimana CPU bekerja secara ringkas, CPU seperti yg saya katakana sebelum ini, 2 tugas utamanya adalah pengiraan dan memindah data. Ape bende yg perlu CPU mengira dan memindahkan? Ianya data yg kite mintak melalui Windows. So data yg diperolehi oleh CPU asalnya datang dari Hard Disk, kerana hard disk-lah yang boleh menyimpan data walaupun tiada bekalan electrik. Tetapi kelemaha hard disk adalah sangat lambat berbanding dengan kelajuan CPU, jadi RAM diperkenalkan untuk menyimpan sementara data2 penting yang akan diprocesskan oleh CPU kelak. Sama seperti RAM, cache juga berperanan sama seperti RAM, tetapi mempunyai kelajuan yang sangat laju berbanding dengan RAM, tetapi mempunyai ruang yang sedikit, biasanya 2-12MB, dibandingkan dengan RAM yang biasanya 2-4GB, dan Hard Disk 500-2000GB.

Secara analoginya, bayangkan CPU adalah tukang masak, Hard Disk adalah pasar raya, RAM adalah peti ais, dan cache adalah meja memasak. Pada mulanya, peti ais dan meja masak adalah kosong, jadi tukang masak perlu pergi ke pasar raya untuk membeli barang2 yang ingin dimasak, sudah tentu mengambil masa yang lama, kemudian bila sampai rumah, dia akan memasukkan semuanya kedalam peti ais. Dengan adanya barang untuk dimasak dalam peti ais, tukang masak tidak perlulah membuang masa pergi ke pasar raya lagi, hanya mengambil barang di dalam peti ais, tapi akan menyusahkan kalau asik buka tutup peti ais untuk mengambil barang berulang2 kali, itulah gunanya meja masak, letak barang2 yg nk dimasak di meja masak, boleh diambil tanpa perlu berjalan dan banyak menjumatkan masa.

Macamtulah CPU bekerja, dia akan meletakkan data2 yang paling penting di cache untuk ia mudah mengambilnya dengan pantas, kemudian data yg agak penting akan diletakkan di RAM yang merupakan jauh lebih pantas jika disimpan di dalam Hard Disk.

Secara kesimpulannya, lebih besar cache, lebih mudahlah CPU untuk memproses data, lebih laju la komputer itu.


Core


Core atau dalam bahasa melayunya teras merupakan otak kepada CPU ini. Pada mulanya CPU hanya mempunyai 1 core dalam CPU, syarikat2 seperti Intel dan AMD berlumba2 menghasilkan CPU yang mempunyai nilai Clock Speed yang tinggi sehingga mencecah 3.4GHz. Tetapi mereka telah menemui hadnya dimana selagi tinggi Clock Speed yang dihasilkan, semakin banyak bil elektrik akan digunakan dan semakin tinggi suhunya. Dieorg tk leh lawan hokum alam jugak.

So ade la sorang mamat ni die membuka idea baru terhadap CPU, iaitu multi-core. Bermaksud ade banyak otak dalam satu badan. Dual-core = dua otak, tri-core = tiga otah, quad-core = empat otak, hexa-core = enam otak.

Jadi, macam mana die berfungsi? Sebagai analogi lagi, bayangkan ade 2 org kembar yang sama pandai, dan seorang kawan kembar tersebut juga sama pandai, disuruh membuat soalan matematik tambahan yang mempunyai 100 soalan, 2 bdk kembar tuh jawab bersama, sorang kawan die jawab sendirian, so siapa cepat menyelesaikan soalan tersebut? Sudah tentu kembar tu kan. Macamtu la cite die ngan CPU dual-core ini. Tapi, cuba bayangkan ade 4 budak kembar yg agak tak pandai sangat, dengan dua budak yg pandai td, disuruh buat satu soalan matematik tambahan, siapa siap dulu? 4 budak kembar tuh? Salah. Sudah tentu dua budak kembar yg cerdik itu siap dulu sebab soalan dia hanyalah satu tetapi susah untuk keempat2 budak kembar yang kurang pandai itu ingin menyelesaikannya.

Akan tetapi, kalau diberi 100 soalan matematik yang senang ke kembar2 itu tadi, sudah tentu 4 kembar itu siap dulu walaupun 2 kembar itu cerdik daripada 4 bdk kembar itu. So secara kesimpulannya, tidak semestinya lebih banyak core lebih laju CPU itu, ia masih bergantung kepada Clock Speed, Bus speed, dan cache yang baru diterangkan td.

Sampai disini sajalah untuk post ini, InsyaAllah post akan datang saya akan terangkan pasal keluarga (family) dalam CPU, perbezaan Intel dan AMD, dan lain2 lagi yang pastinya lebih menarik daripada ini.



Friday, June 18, 2010

Central Processing Unit (CPU) -Bahagian 2-


Bus Speed

Bus hanyalah sebuah litar yang menghubungkan satu bahagian dari motherboard ke komponent lain. Semakin banyak data bus dapat dibawa pada satu masa, semakin cepat membolehkan maklumat sampai ke destinasi. Kelajuan bas, diukur dalam megahertz (MHz) dan gigahertz (GHz), merujuk pada berapa banyak data yang boleh bergerak di seluruh bus secara serentak.

Sebagai analogi, bayangkan Bus sebagai bas, data sebagai penumpang, semakin besar dan laju sesebuah bas, semakin cepat dan pada masa yg sama banyak penumpang boleh dihantar ke destinasi. Jika bus lambat, walau pun CPU boleh bekerja dengan pantas, tetapi data yang diperlukan untuk CPU process tak sampai2 disebabkan bus lambat untuk hantar data yang ingin diprocesskan oleh CPU, lambat juga hasil pemprocessan yg dapat dilakuakn oleh CPU. Jadi, lambat la juga komputer itu.

Bus speed akan saya terangkan dengan lebih terpeinci di bahagian motherboard.

Central Processing Unit (CPU) -Bahagian 1-

CPU atau dikenali juga sebagai processor merupakan komponent yg paling popular dalam menentukan kelajuan sesebuah komputer. Apakah pekerjaan CPU sebenarnya? CPU mempunyai 2 tugas utama, pengiraan (calculation), menggerakan (move) data. CPU sangat laju dalam membuat kedua2 kerja ini, semakin laju CPU dalam pengiraan dan menggerakkan data, semakin laju la PC kita.

Kelajuan sesebuah CPU bergantung kepada 4 faktor:


1. Clock Speed (frekuensi)

2. Bus Speed

3. Cache

4. Core


Clock Speed


Clock Speed adalah ukuran terhadap berapa laju sesebuah komputer menyelesaikan perhitungan dasar dan operasi. Ini diukur sebagai frekuensi dalam hertz, dan paling sering dirujuk tentang kelajuan sesuatu CPU. Disebabkan kelajuan “clock” sangat tinggi, megahertz dan gigahertz istilah yang digunakan. Megahertz adalah satu-juta kitaran per saat, sementara gigahertz adalah satu-bilion kitaran per saat. Jadi, komputer dengan “clock speed” 800MHz berjalan 800,000,000 kitaran per saat, sedangkan komputer 2.4GHz berjalan 2,400,000,000 kitaran per saat.


Clock Speed boleh dilihat melalui “Properties Computer”


Contoh 1: “Computer Properties” dalam Windows 7, Clock Speed adalah 2.40GHz.


Contoh 2: “Computer Properties” dalam Windows XP, Clock Speed adalah 2.40GHz.


Tetapi Clock Speed yg sama tidak semestinya mempunyai kelajuan yang sama, sebagai contoh, kedua2 contoh diatas menunjukkan Clock Speed yang sama iaitu 2.40GHz, tetapi CPU di contoh 1 mempunyai berkelajuan lebih 5 kali ganda daripada contoh 2 atas sebab 3 faktor lain yamg telah disenaraikan di atas.


Di post akan datang, saya akan terangkan pasal Bus Speed pula...

Thursday, June 17, 2010

Pendahuluan

Untuk menyenangkan para pembaca memafami tentang komputer, disini saya akan menyenaraikan komponent2 yg penting dalam komputer dengan sedikit info. Kemudian barulah saya akan terangkan satu per satu komponent secara mendalam.

Processor


Processor merupakan otak kepada komputer, antara komponen yg paling penting dalam menentukan kelaju sesebuah komputer.


Motherboard

Motherboard merupakan component yg paling pening skali dalam sesebuah computer. Motherboard la yg menentukan segala komponent yg bakal kita gunakan.


RAM


RAM (Random Access Memory), salah satu komponent penyimpan memory, tk seperti hard disk, memory yg disimpan dalam RAM akan hilang apabila tiada elektrik. Ia juga lebih laju daripada Hard Disk.


Graphic Card


Graphic Card merupakan komponen yg sangat penting untuk game dan graphic.


Hard Disk


Hard Disk, merupakan komponent menyimpan memory yg tetap.


Power Supply

Power supply merupakan satu komponen yg sangat penting. Merupakan pembekal kuasa electrik kepada komputer.


Terdapat banyak lagi komponent yg saya tk senaraikan disini seperti DVD-Burner, Casing, dan lain2 atas sebab komponent itu sangat mudah difahami tanpa diajar.


Saya akan terangkan secara teperinci tentang setiap komponent mengikut susunan yg saya senaraikan diatas di post akan datang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails